Thursday, November 24, 2011

Mangkuk Tandas

Semalam gua agak kucar kacir. Dia punya tahap kucar kacir memang tinggi. Nak tahu kenapa? Semalam dalam area 7.20 pagi, gua dah standby nak pergi kerja. Sbelum gua pergi kerja, gua tercari2 mana agaknya gua punya kucing nih. Belakang pintu, dalam almari, celah langsir, namakan saja.. semua tempat gua cari tapi tak jumpa. last2, gua terjumpa juga akhirnya beliau......

Yes! kucing gua terperangkap dalam lubang tandas. Entah bila gua ajak dia main nyorok2 n count 1, 2, 3.. gua pun tak pasti. walaubagaimanapun, disinilah saat bermulanya saat kucar-kacir gua. Apa2pun gua kena pergi opis dulu settlekan apa yang patut. Sejam kemudian, gua balik ke rumah n cuba keluarkan kucing. Malangnya disebabkan tangan gua terlalu sasa macam bodybuilder, gua hanya dapat capai kepala kucing tu sahaja. Dan bila gua tarik, dia marah. Ni kompom ada sangkut. Kata gua dalam hati. Kucar-kacir makin menaik dibuatnya. Gua pun dengan lelajunya men'search' nombor jabatan bomba Seremban. Kasi report mintak bantuan. Dalam setengah jam kemudian, haaa... tu dia. Satu trak bomba parking depan rumah gua.
Lebih kurang sejam juga diaorang kasi try keluarkan, tp gagal. Last cara, no choice.. Kasi pecah itu mangkuk tandas.. gua pun dengan redhanya membenarkan mangkuk tandas dipecahkan. Dalam 15 minit, semuanya selamat. Cuma.....
Mangkuk tandas je yang tak selamat... ekekeke.. Boleh nampak kan gua punya sifat penyayang... :D

5 bebelan penuh kasih sayang:

KucingMalaysia said...
This comment has been removed by the author.
KucingMalaysia said...

alahai, dak kecit.. camne lu boleh masuk dalam tu lubang. nampak hantu ka tadi malam?? hehehe




""Kichan, Tomei, Manje & Putih tunggu dekat kucingmalaysia.blogspot.com tau.. Jemputlah datang ke rumah ;)**

preferablyanon said...
This comment has been removed by the author.
Nuraihan Mohd Saleh - admin - said...

adoyai..agak2 la bang nk main ba ba cak dgn c kenit..ekekee

kimmy said...

Uikkk..ngeri nyaa

Post a Comment

Gua rasa lu cukup bijak untuk menyumbangkan pandangan. Oleh itu, karpet merah gua bentangkan. Silalah....