Pagi itu gua bangun awal, awal sikit daripada biasa. Gua sedar, hari ini merupakan hari yang terakhir gua bergelar seorang bujang. Disaat ini, gua tiba-tiba merindukan zaman bujang gua. Tapi tak apa, ramai orang kata kawen itu best.
Gua bangun kasi mengeliat sesedap rasa. Gua kasi regang2kan otot gua bagu padu. Dengar khabar malam ini otot gua perlu beraksi hebat. Itulah kata-kata orang yang pernah berkahwin kepada gua. Gua pun tak pasti nak beraksi macam mana. Gua memang inesen tentang bab-bab macam nih.
Gua bukak pintu bilik gua. Kelihatan semua orang dalam rumah begitu kucar kacir. Ada yang mengemas, ada yang bersiap-siap bakai baju lawa-lawa. ada juga yang kucar kacir baca surat khabar. Macam nie rupanya suasana nak kawen.
"haa.. dah bangun pun bakal pengantin ni. Pergi mandi, cepat. Kejap lagi nak nikah." Sapa emak gua.
Baru gua ingat gua nikah pagi, petangnya bersanding. Lagipun buat majlis 1 hari, jimat sikit. Sekali masak je.
Gua pun capai tuala gua dan terus menuju ke bilik air. Gua pekena mandi secukup rasa, lepas tu pakai baju melayu kaler krim. Memang benar kata orang, pakai singlet boleh menaikkan rasa keyakinan dalam diri. Kalau boleh, nak juga gua sarung singlet dalam 3-4 lapis kasi berkepuk2 keyakinan yang ada.
Selepas siap semua, kami pun menuju ke rumah pengantin perempuan. Itu jam gua bawak sendiri Kereta sukan gua. Bukan apa, gua memang suka memandu. Nak-nak bila kereta sikan gua telah siap dihiasi dengan reben dan bunga pelbagai. Ramai sedara gua tolong bawak dulang hantaran.
Bila sampai, gua diarah untuk diatas tilam kecil menghadap tok kadi. Garang jugak rupa tok kadi nie, misai bukan main tebal. Dia tenung je gua, macam nak telan gua. Gua kasi angkat sebelah kening macam Ziana Zain.. Eh! salah! macam The Rock, sebagai tanda membalas balik renungan tok kadi itu tadi. Dia terus tunduk diam membisu.
Gua toleh ke satu sudut rumah melihat pengantin perempuan.......................................
Seriously, tiba part nie je, angan-angan gua terpadam sebab gua tak ada idea siapakah pengantin perempuan itu. Nak berangan Lisa Surihani karang, nampak macam jauh melangit pulak angan-angan gua.
Gua ingat nak cari makwe satu la. Tapi yang tak KLCC la.





3 bebelan penuh kasih sayang:
carilah sorang..boleh continue angan2 tu.hahahaha
y tang kad jmputan 2 xleh blah lgsung hekhekheg...
kad jemputan tu mmg ada org punye ke?
adoihla lawak2 citer kamu ni lawak lg kad jemputam tu. saboje ah
Post a Comment
Gua rasa lu cukup bijak untuk menyumbangkan pandangan. Oleh itu, karpet merah gua bentangkan. Silalah....