Sorry, hidup gua sekarang agak mendatar. Tak banyak cerita yang boleh diketengahkan buat bacaan, gelakan, kutukan, laughing stock lu orang semua. Walaubagaimanapun, gua akan cuba memperingati sedikit demi sedikit tentang apa yang berlaku dalam hidup gua. Gambar raya pun tak habis upload lagi sebenarnya. Keh3
Ok, kita terus menuju ke title tanpa rasa segan silu. Dalam banyak-banyak soalan yang ditujukan kepada gua, antara soalan yang agak menjengkelkan untuk didiengari ialah "Lu takde makwe eh?". Dan bila gua jawab tak, si penanya itu tadi akan pandang gua dengan muka kesian, macam la gua ni antara insan malang dalam dunia ini. Sekali-sekala dia menjeling ke perut gua, mungkin sedang mencari kesimpulan sendiri tentang kenapa gua tidak bermakwe.
Yang lebih tragis lagi bila sampai ada yang nak tolong kenenkan gua dekat orang lain. Oh pelis, ingat gua jenis tak laku ke hape? hahaha.. Yeah! Being single sometimes suck! Bukan suck sebab hidup single, sebab pandangan orang lain yang mengandaikan hidup single itu seperti satu disease yang bapak teruk dan cukup hina. Hell yeah!
Gua akui, hidup berdua lebih baik, macam lagu acha hapekemendentahnamadia. Dapat share suka duka, susah senang, tawa nangis dan sebagainya secara berduet. Dan lagi best, you will be highly motivated to do something, to show how much you love him/her. Contohnya lu orang yang masih lagi student, belajar bersungguh-sungguh untuk dapat kerja elok, dan dapat sara hidup si dia dengan baik (totally untuk lelaki. Jadah hape pulak peremupan nak sara lelaki, ye tak). Tapi ia lebih kepada mereka yang think positive dalam percintaan sahaja. Jenis boleh bawak diri. Kalau tak, hanyut jugak jawabnya.
Dan dalam percintaan ini juga ada yang tak baiknya, but it totally depends kepada persefahaman diantara pasangan terbabit. Pandai bawak diri, pandai jaga hati, ok la jawabnya. kalau tak, memang ke laut la jawabnya.
Pada gua, gua lebih selesa dengan hidup sebegini. No restriction dengan siapa gua nak chat, kemana gua nak pergi, apa gua nak buat, dengan siapa gua nak kawan, its totally up to me. Gua tak perlu nak fikir nak jaga hati orang, nak fikir perasaan orang, I'm totally free.
Tapi macam biasalah. Bila dah single, bila tengok orang couple, teringin pulak nak bercouple. Alahai, bestnya bercouple. Macam tu jugak dengan orang bercouple, tengok orang lain single, mula la terdetik dihati, 'alahai, bestnya single'. Setiap apa yang berlaku, ada baiknya, ada buruknya. Lumrah buat sesiapa sahaja. :)
Walaubagaimanapun,
cinta datang dari tuhan (woo woo)
yang tak mungkin ku hindarkan (woo woo)
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta
Radja - Terus-terang
Macam lirik lagu diatas, gua tidaklah menolak untuk menerima cinta dalam hidup. Cinta datang tanpa diundang bak kata lagu Datuk Siti Nurhaliza. Dan bila dia nak datang, gua pun tak tau. Benda kalau berkait dengan hati dan perasaan, memang susah nak cerita, jo!. Unpredictable. Cuma kalau boleh, sebelum gua menaiki pelamin, biarlah impian gua dah pun tercapai.
Chewah! makwe pun tak ada, dah cerita pasal naik pelamin. Kah! Kah! Kah!
PS: Sorry, banyak perkataan tak elok. Maybe sebab gua dah lama tak tengok cerekarama. Tak macam mamat nih. Nama dalam facebook pun dah tukar, ape cerita, king? hahahaha





10 bebelan penuh kasih sayang:
gua juga dihujani soalan yg sama.. bila cakap still single, org xcaya lak... kalo xcaya baik jgn tya.ye tak? hahaha...
jodoh,ajal,maut di tangan tuhan..sapela kita nk menentukannya..yee dak..setiap org tuhan dah tentukan..cume cepat dan lambat je..harap bersabar yer wahai encik..(perghh penuh ilmiah komen sy)hikss.
somehow ada perenggan entri lu ni mcm kenakan wa..
woi!anjakan paradigma gua dipermainkan.demmm!hahaha!
wan
masalah kita sama, bro.. masalah orang single..
hahahaha
gadis solehah lagi sopan
fuh! siapakah gelarannya gadis solehah lagi sopan ini.. hohoho
tomrawk
huish! kes lu lain der.. sama2 mencari.. nie kenen dengan orang yang tgk gua pun tak ingin.. macam mana nak kira tu.. hahaha..
king
apa barang layan drama swasta.. geng surau tu gua boleh terima lagi..hahaha
alamak bro..lu yg pikir camtu tp kt dia tak lak camtu..wei kalo lu nk tau dia ckp "lu bleh tahan hensem' tau..wa taknak ckp la takut nnt lu riak lak... haha
single kurang dosa.. keh3..
'alahai, bestnya single' thee..
single make simple...~~ lg pun xde ape nk dbanggga klau ade bf/gf...rase lg bangga klau ckp dah ade wife/husband..huhu
gue lg letih dpt soalan ni; bila lg nk kawin????
hina sgt ke klu x kawin lg huhuhuhu
Post a Comment
Gua rasa lu cukup bijak untuk menyumbangkan pandangan. Oleh itu, karpet merah gua bentangkan. Silalah....