Jejaka kacak bersama kereta kacak.. Owsem!
Sebenarnya tujuan persamaan itu direka ialah untuk memujuk para pemandu untuk tidak memandu laju dimana ia mampu mengurangkan impak pelanggaran jika berlakunya pelanggaran. Secara ringkasnya, momentum semakin berkurang jika pelanggaran berlaku pada kelajuan yang lebih rendah.
Bagaimana pula dengan pemandu yang memandu perlahan? Maksud gua yang betul2 perlahan, mengalahkan JCB. Adakah beliau selamat?
Cuba bayangkan anda berada di jalan persekutuan dimana had kelajuan maksimanya ialah 80km/j. Dan anda memandu pada kelajuan 75km/j, tidak terlalu perlahan, dan tidak terlalu laju, cukup-cukup sedap je. Tiba-tiba didepan anda terdapat sebuah kereta yang memandu sekitar 45km/j. Beliau memandu dengan kelajuan terbabit secara sengaja, bukan kerana keretanya rosak, bukan kerana didepannya ada pembajak sawah malah lengang tanpa sebarang halangan. Apakah perasaan anda ketika itu?
Gua rasa hampir semua akan mencari peluang untuk memotong si lahabau terbabit, kan. Kecuali mereka yang jenis tak berani nak memotong. Dengan cuba mencari peluang memotong, kemarahan semakin meluap-luap. Apabila ruang memotong tersedia dihadapan, maka anda akan memotong sambil menjeling ke pemandu terbabit. Mulut pula terkumat-kamit menyumpah-seranah pemandu tadi. Dan kebiasaannya selepas aksi memotong itu tadi, anda akan memandu sedikit laju untuk melepaskan geram.
Kecelakaan boleh berlaku pada masa aksi diatas berlaku iaitu, iaitu semasa pemandu terbabit sedang memotong dimana, mungkin silap perhitungan, selepas memotong , atau juga faktor-faktor lain seperti kedatangan kenderaan lain yang tidak dijangka seperti kenderaan yang masuk ke jalan terbabit secara tiba-tiba.Dan bayangkan pula kecelakaan terbabit membabitkan pula si pemandu perlahan tadi.
Walaupun pemandu perlahan tadi nampak macam tak salah, ia sebenarnya mampu mengganggu psikologi pemandu lain dan seterusnya mengundang kecelakaan. Pemandu jenis ini selalunya bukan sahaja terdiri daripada warga tua ataupun sesetengah wanita, ia juga boleh terdiri daripada lelaki-lelaki macho dimana kebiasaannya disebelahnya ada seorang makwe. Jenis malas nak sampai ke destinasi ikut time.
Senang cerita, memandu tu biarlah ikut sedap-sedap had laju. Tak laju sangat, perlahan sangat pun tak. Kalau jenis kereta rosak ke, treler ke, bajak je, gua tak kisah sangat. Tapi yang jenis sengaja bawak perlahan giler tu kadang kala bikin panas juga. Dan kalau boleh, bersabarlah menghadapi kelakuan pemandu-pemandu lain yang kadang kala mereka mementingkan diri sendiri walaupun memandu perlahan. Disamping itu, terdapat juga tips-tips permanduan lain untuk gua kongsi bersama.
1. Kalau nak memotong tu, jangan lupa tengok side mirror dulu. Kot-kot ada yang dah on the way memotong.
2. Kalau nak masuk simpang, jangan pakai masuk je. Tengok dulu side mirror. Kot-kot ada yang sedang asyik memotong.
3. Kalau nak masuk simpang, jangan lupa atau buat-buat lupa bagi signal. Bagi signal tu pulak jangan tayar dah belok baru nak bagi, bagi awal-awal. Kalau tak pasti dah sampai simpang yang dituju ke belum, bagi je signal awal-awal. Senang pemandu lain nak standby.
4. Pastikan kondisi kenderaan anda adalah baik. Rajin-rajinkan diri inspect keadaan tayar, brek, enjin dan sebagainya. Kalau tak yakin, tanya kedai. Tanya tak kena bayar. Repair baru kena bayar.
5. Memandu dalam keadaan yang bersedia. Jangan time memandu, time tu la nak sms, jawab call, potong bawang, makan nasi, dan sebagainya.
Gua bukan la terror sangat bab memandu nie. Tapi tak salah rasanya nak memperingatkan antara kita, ye tak.





0 bebelan penuh kasih sayang:
Post a Comment
Gua rasa lu cukup bijak untuk menyumbangkan pandangan. Oleh itu, karpet merah gua bentangkan. Silalah....