Saja gua letak gambar diatas, agar menampakkan blog gua nampak comel.
Hujung minggu lepas, gua telah mengemaskan tempat gua menyimpan buku-buku gua. Gua kemas runcit-runcit je, kira ala kadar jela. Bukan kemas peten nak sambut raya punya jam.
Kemas punya kemas, gua jumpa buku kenegaraan gua time belajar di UUM dulu. Gua pun belek la buku terbabit dengan agak teliti. Kenegaraan gua diajar oelh seorang Mejar tentera, memang bila masuk je kelas tu, gua terus bertukar menjadi pelajar baik. Bukak je mukasurat pertama, gua terjumpa mende nih:
Nota diatas telah ditulis oleh ex-girlfriend gua dizaman gua belajar dulu. Gua syak dalam area 3-4 tahun lepas. My biggy2 butt? Dengar panggilan sebegitu oleh makwe sendiri dikala ini mungkin boleh membuatkan gua rasa nak mencekik diri sendiri. Tapi kenapa dulu gua boleh membiarkan sahaja? Demm... Kuasa cinta memang unik.
Gua dapat A- dalam kenegaraan. Gua syak kalau gua takde makwe itu jam, mungkin gua dah dapat anugerah pelajar cemerlang.
Epic failed? maybe.. tapi yang fail itu la yang mengajar erti sesebuah kehidupan. :)





6 bebelan penuh kasih sayang:
cayalah.ada gak makwe tengok punggung lu.hahaha!
geli tol ayat last tu...hahahahaha
sungguh dasat penangan cinta itu..speechless dibuatnya..
@king
lu ingat kita yang berperut besar nie tak hot ke? hahaha..
@Wan
gua tau lu jeles..hahaha
@gadis solehah lagi sopan
Siapa la agaknya cik anis nie ye..
hahahahhahaha *gedebok*
hahahahhahahah *sambong gelak*
hahahahahahahah *nanges byk gelak*
@kakak
tak baik tau gelakkan orang..keh3
Post a Comment
Gua rasa lu cukup bijak untuk menyumbangkan pandangan. Oleh itu, karpet merah gua bentangkan. Silalah....