Thursday, November 24, 2011

Mangkuk Tandas

Semalam gua agak kucar kacir. Dia punya tahap kucar kacir memang tinggi. Nak tahu kenapa? Semalam dalam area 7.20 pagi, gua dah standby nak pergi kerja. Sbelum gua pergi kerja, gua tercari2 mana agaknya gua punya kucing nih. Belakang pintu, dalam almari, celah langsir, namakan saja.. semua tempat gua cari tapi tak jumpa. last2, gua terjumpa juga akhirnya beliau......
Yes! kucing gua terperangkap dalam lubang tandas. Entah bila gua ajak dia main nyorok2 n count 1, 2, 3.. gua pun tak pasti. walaubagaimanapun, disinilah saat bermulanya saat kucar-kacir gua. Apa2pun gua kena pergi opis dulu settlekan apa yang patut. Sejam kemudian, gua balik ke rumah n cuba keluarkan kucing. Malangnya disebabkan tangan gua terlalu sasa macam bodybuilder, gua hanya dapat capai kepala kucing tu sahaja. Dan bila gua tarik, dia marah. Ni kompom ada sangkut. Kata gua dalam hati. Kucar-kacir makin menaik dibuatnya. Gua pun dengan lelajunya men'search' nombor jabatan bomba Seremban. Kasi report mintak bantuan. Dalam setengah jam kemudian, haaa... tu dia. Satu trak bomba parking depan rumah gua.
Lebih kurang sejam juga diaorang kasi try keluarkan, tp gagal. Last cara, no choice.. Kasi pecah itu mangkuk tandas.. gua pun dengan redhanya membenarkan mangkuk tandas dipecahkan. Dalam 15 minit, semuanya selamat. Cuma.....
Mangkuk tandas je yang tak selamat... ekekeke.. Boleh nampak kan gua punya sifat penyayang... :D

Klik untuk baca seterusnya ye...

Tuesday, July 19, 2011

Saat-saat terindah



Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
hanya bayangmu menyentuh jiwa menepis sepi
kini semua cintamu telah pergi
meninggalkan diriku... dalam kehampaan... sendiri

Waktu terus berjalan dan memberi perih dihati
hanya rindu yg aku dapatkan bukan cintamu
kini baru aku menyadari kau begitu berarti didalam hidupku ini...

Saat-saat yg indah... saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg telah berlalu... kini teringat lagi
kini terkenang lagi... kuingin kembali.....

Hanya rindu yg aku dapatkan bukan cintamu
meski kini kau tak mencintai diriku lagi
kini baru aku menyadari
kau begitu berarti didalam hidupku ini...

Klik untuk baca seterusnya ye...

Wednesday, May 25, 2011

bye-bye froyo.. Welcome gingerbread :D


with florescent green color.. love it!

last 2 night gua punya hp barai. call tak boleh, sms, tak boleh, online tak boleh.. apa pun tak boleh! itu jam gua rasa nak rendam dalam longkang juga ini phone. Tapi disebabkan gua masih waras, gua tazkirah diri sendiri secukup rasa.

Upgrade firmware? ini adalah 1 kije yang jarang-jarang gua buat. tapi disebabkan tahap kebaraian hp tu dah melampau, alang2 gua nak restore balik, baik gua upgrade sekali.

upgrade firmware untuk hp n tak susah mana. kalau lu orang pandai cari, dalam masa 15 minit dah siap. kacang giler. so gua telah meninggalkan android 2.2.1 froyo dan menggunakan 2.3.3 gingerbread.

apa kelebihannya? yang penting hp dah ok, function macam biasa balik. kedua, ialah bateri lebih tahan lama tanpa menggunakan sebarang 3rd party apps.malam semalam gua langsung tak cucuk hp dekat charger. yang ke 3 ialah animation lebih power. tak lagging lagi setakat ni. dan yg ni minor, tapi rupa ikon baru pada bar, dengan kaler hijau florescentnya, rasa macam pakai hp br pun ada.

Android ni mmg power la. siapa tak pakai, memang dia tak power, macam gua.

Klik untuk baca seterusnya ye...